Khamis, 10 September 2009

*Jangan mencari terlalu sempurna*

*Jangan mencari terlalu sempurna*
Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Jangan sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja
Kerana ia akan sakit
Oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu
Dan mungkin ia akan menderita
Selagi ia masih hidup
Begitulah jugaSetelah kamu memberi banyak pengharapanKepada seseorang
Setelah dia mulai menyayangimu
Hendaklah kamu menjaga hatinya
Jangan sesekali kamu meninggalkannya begitu saja
Kerana dia akan terluka
Oleh kenangan bersamamu
Dan mungkin tak dapat melupakan segalanya
Selagi dia mengingatimu
Jika kamu menadah air
Biarlah berpada
Jangan terlalu mengharap pada takungannya
Dan janganlah menganggap ia begitu teguh
Cukuplah sekadar keperluanmu
Apabila sekali ia retak
Tentu sukar untuk kamu menambalnya semula
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya
Mungkin ia masih dapat digunakan lagi
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang
Janganlah kamu terlalu mengaguminya
Dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa
Anggaplah dia manusia biasa
Apabila sekali dia melakukan kesilapan
Bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya
Sedangkan jika kamu memaafkannya
Boleh jadi hubungan kamu akan terus
Hingga ke akhirnya
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi
Yang kamu pasti baik untuk dirimuMengenyangkan.. Berkhasiat
Mengapa kamu berlengah
Cuba mencari makanan yang lain
Terlalu ingin mengejar kelazatan
Kelak, nasi itu akan basi
Dan kamu tidak boleh memakannya
Kamu akan menyesal
Begitu juga jika kamuTelah bertemu dgn seorang insan
Yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu
Menyayangimu.. Mengasihimu
Mengapa kamu berlengah
Cuba membandingkannya dengan yang lain
Terlalu mengejar kesempurnaan
Kelak kamu akan kehilangannya
Apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal
..:.ADIRATNA.:..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan